CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, December 29, 2013

ALLAHu ALLAH ..

Lg kena hati2 yg berNIQOBsss ..








Tentang PURDAH .. ku ada seorang kenalan yang pernah menceritakan perihal hidupnya kepadaku.. 



Dia ketika berpurdah, dia diminati seorang lelaki sehingga lelaki itu seolah-olah hampir mahu meminangnya... Tapi keluarga perempuan itu berasa tidak sedap hati...sebelum lelaki itu membuat keputusan untuk meminangnya, keluarga perempuan itu meminta perempuan itu untuk membuka purdahnya. keluar dan beraktiviti di luar tanpa purdah, pergi ke universiti tanpa purdah, kerana mereka merasakan bahawa lelaki itu berminat kepadanya adalah disebabkan dia kelihatan 'cantik' apabila berpurdah. .



Akhirnya perempuan itu membuka purdahnya dan memang ternyata benar sangkaan keluarganya... Lelaki itu sedikit demi sedikit cuba menjauhi dirinya. kerana rupanya yang sebenar tidaklah secantik rupanya ketika berpurdah...


TEGURAN BUAT NIQABIS.


Pakailah purdah kerana menutup cantik. bukan pakai purdah untuk kelihatan cantik..


Nampak seperti sama. tetapi sangat berlawanan.. Nak tahu niat anda yang berpurdah kerana untuk menutup cantik atau untuk kelihatan cantik, mudah.


Ciri2nya:


Sebelum berpurdah, anda jarang upload gambar dlm fb, tapi apabila berpurdah, semakin galak menangkap gambar dan diupload untuk tontonan umum. . sambil berharap orang mengatakan "cantiknya, masyaallah, solehahnya" -anda pakai purdah. tapi sengaja memilih warna yang menonjol dan menarik perhatian lelaki. dan anda suka apabila semakin ramai lelaki menoleh kepadamu setiap kali anda melintas mereka. -anda pakai purdah, tapi sengaja bersolek bahagian mata sehingga nampak sangat cantik. -anda pakai purdah, tapi semakin galak melayan lelaki.



Sebelum pakai purdah, biasa2 saja. dan banyak lagi! Anda boleh fikirkan sendiri. Kesimpulan, tak salah pun pakai purdah. tapi dengan memakai purdah, hanya mengundang masalah dan dosa2 yang lain, lebih baik tanpa purdah, mungkin tanpa purdah, anda tidak lagi dipandang, bermakna, anda mampu sedar ketika itu bahawa anda tidaklah terlalu cantik sehingga mewajibkan anda memakai purdah...




Sedarlah. sedarlah. bimbang anda akan jadi seperti perempuan di dalam kisah di atas. biarlah anda tidak disukai kerana kurang kelihatan cantik tanpa purdah, lebih baik dari anda kelihatan cantik ketika berpurdah tetapi hakikatnya tidak. biarlah luka sekarang, jangan luka kemudian hari. ketika itu mungkin baru anda menyesal tak sudah. waALLAHu a’alam ..




# Jangan salahkan PURDAH kalu anda yg sebenrnya x menjaga , jangan membawa fitnah untuk muslimah yg benar2 mahu berpurdah , berpurdah jangan smpai org kata perangai entah ke mana ngn muslimin (dlm dunia maya) , jaga pergaulan lbh baik drp cover berpurdah tp entah ke mana maruah .. nauzubillah .. 


sama2 kita nasihat antara 1 sama lain .. insyaALLAH .. J

Friday, December 27, 2013

ALLAHu ALLAH ..



HATI, bukan tempat simpan RASA BENCI ....






HATI adalah 1 tempat yang ALLAH khususkn hanya untuk DIA , n untuk orang2 yang menyayangi ALLAH sepertimana kita menyayangi DIA ,


Hati bukan lah tempat untuk meletak atau untuk menyimpan perasaan2 tidak baik , kerna hati adalah 1 tempat yg teramat suci iaiatu tempat IBADAH sebagai seorang HAMBA , hati itu akan mudah rapuh seperti mana perasaan , kerna hati itu HIDUP n dia juga punya tuhan sepertimana tuannya punya perasaan , 


HATI itu seringkali merintih untuk d siap kn segala2 bekalan pahala untuk menuju tuhan sepertimana tuannya lakukan , sebagai seorang hamba , kena n selalu berbicara pada hati ..



Wahai Teman,



Percayalah hati itu akan berkata2 dalam bicara yang anggota lain akan paham , tp ngn cara berbicalah ngn hati itu ..

Izinkan hati itu meluah kn pe yang di pendam pe yang diri tu lakukan pdnya  , ajar dari awal untuk hati cara2 untuk berhemah , lemah lembut , kerna ia akan berkenaan dengan hati tuannya ..



Pe yg ana nk sampaikan pd tulisan ini adalah berkenaan ‘hati empunya diri n hati pd insan yg juga punya hati’  .. ha ayat dh belit2 ase , ( tp harap paham ) 



Teman, Jangan ingat orang yang melihat , mendengar , yang menadah telinga itu tidak mempunya perasaan , cuba bayang kan n cuba rasa berada d tempat orang yang apabila tiba2 d marahi pe hati 2 rasa ?? sakit , sedih , kecewa , terkejut ………… Teman, kalu mahu meluah sesuatu berkenaan dengan rasa tidak puas hati bukan lah pada ketika sedang marah , bukan ketika sdg bayaknya masalah , bukan ketika sedang rasa dengki itu melebar2 pada insane lain … Cuba istighfar dulu .. tarik nafas , n fikir banyak2 dulu



Adakah apa yang aku nk buat nk betul ?


Adakah apa yang aku nk buat ni mendapat pahala daripada ALLAH ?


Apakah cara meluah melenting2 macam ni  akan mendalamaikn lagi hubungan aku n dia pada masa2 akan datang ?


Semua ni kena FIKIR .. bukan slamber luah x tentu pasal tnpa tujuan , kalu tanpa tujuan yg baik ku yakin antara kedua2nya akan sakit dek tersalah menggunakan cara .. kalu teman2 x suka masakan ALLAH .. 


Renungkan jp ..



Contoh ayat ‘ maaf , saya marah2 td sebab dah lama 'pendamkan perkara' ini kt awak ‘ ?? Contoh kalau kita dalam keja ber GROUP kita jangan buat sorang2 n jangan ase kita je yg HEBAT … GROUP is kumpulan .. buat lh sama2 .. sama2 susah ..


Nanti apabila kita dah berharap pada ssuatu n kita x dapat perkara itu sudah tentu kita akan kecewa di akhirnya .. Sebab kita buat sorang2 .. cuba buat ramai2 n andai kata d akhirnya perkara itu kita x dapat , at least kita akan rasa sama2 sebab buat keje SAMA2 .. together …  
                   
                  Itu bezanya ..



Kalu kecewa sorang2 di akhirnya nnati mulalah nk SALAH kn org , then luah dari hati ase x puas hati ngn sikap orang itu n orang ini , padahal x perasan pn yang diri itu sedang TENSION .. Jangan kerna kita yang menanggu SAKIT / X PUAS hati pada sesuatu perkara,  org lain yg terkena BISA .. 



Then kalu tiba2 tengah marah,  x salahkan ambik wuduk tika sedang marah ..apabila berlaku pertelingkahan antara kedua2nya maka d situ SYAITAN adalah makhluk yg paling riang ..mahukan begitu ? x nk kn ? kalu x nk jaga baik2 bicaramu ..  
Tipu kalu diri sendiri x pernah terasa hati ngn teman2 yang lain , ye pernah , tp kita kena punya cara yang berhemah untuk luahkan .. bukan ngn cara untuk terus wt huru hara , andai kata mahu meluahkan rasa tidak puas hati ajak baik2 untuk bbincang , tempah 1 hari untuk selesaikan masalah , bincang baik2 dari hati ke hati ,cara mcm ni ALLAH pun suka .. kerna bicara itu akan terus pada hati .. sayang hati jaga kata2 ..






#  Teman, rasai lah hati insan yang sedang menjaga hatimu , banyak dia berkorban untuk dirinya padamu tp d akhirnya dia yang terkena tempias kemarahanmu , bukan dia minta untuk di belai , tp dia sedang bersungguh2 untuk menjaga UKHWAH bersamamu , hargai dia sebelum ALLAH ambil nya dr hidupmu #


Wednesday, December 18, 2013

ya ALLAHu ..



18 Kesalahan Dalam Bertudung/Berhijab




1.    Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

2.   Bertudung tetapi dengan ‘T-Shirt’ berlengan pendek.

3.   Bertudung tetapi baju kurungnya terbelah kainnya.

4.   Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.

5.   Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan/atau hujung rambutnya.

6.   Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat atau sekolah sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

7.   Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

8.   Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh dilihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

9.   Bertudung tetapi menampakkan bahagian hadapan anak rambut.

10. Bertudung tetapi tidak menutup kaki (memakai stokin). Kaki juga adalah aurat wanita.

11.  Bertudung tetapi tidak menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.

12. Bertudung tetapi penuh dengan hiasan di kepala yang menarik orang lain untuk melihatnya.

13. Bertudung tetapi menggunakan wangian berlebihan.

14. Bertudung tapi memakai kasut bertumit tinggi yang menghasilkan bunyi apabila berjalan, jesteru menarik perhatian orang sekeliling.

15. Bertudung itu hanya apabila memasuki kawasan masjid, menghadiri kenduri perkahwinan atau arwah.

16. Bertudung hanya apabila hadirnya “lelaki yang bukan ahli keluarga”. Apabila bersama sepupu lelaki, tidak perlu bertudung, sedangkan apabila kita bersalaman dengan mereka pasti terbatal wudhu’ kita. Dengan itu, sepupu lelaki adalah bukan mahram dan wajib menutup aurat di hadapan mereka.

17. Bertudung, tetapi menayangkan foto tidak bertudung di alam maya (e.g. Facebook).

18. Bertudung tetapi memakai make-up yang berlebihan.


#Berfesyen x mengapa .. tp ikut betul2 syariah yg ALLAH aturkan ... d dunia kepanasannya terasa sgt ,, kt akhirat nnti bagaimana?? muhasabah .. insyaALLAH 





ya muQollibal qulub



‘SUARA batin LELAKI’


Kalau Anda Lelaki Jangan Baca. Nanti menyesal. 

Perempuan boleh...

Cerita lelaki itu ..








Assalamualaikum, 

'saya minta maaf. dah lama saya termenung, fikir pasal surat ni, itu mungkin ceritaawak sebagai perempuan, tapi percayalah, taklelaki yang suka ajak perempuan buat maksiat. 

Sejak dari sekolah, saya memang pelik, kenapa orang kata mendekati zina itu haram, bukannya berzina lagi, dah berdosa juga. errm, malas nak fikir panjang-panjang, saya kan sekolah lagi.. tapi masa saya di sekolah, boleh kata saya kira baik la, saya tak hisap rokok, sebab saya tahu mende tu tak bagi faedah pun, tapi saya pun bukannya skema, pernah jugak ponteng kelas sekali dua. biasa2 je.hehe. 


Tapi sejak saya masuk u, saya tengok pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan, memang sangat ketara, ye la, kat sini ikut suka kita nak buat apa, tak macam kat sekolah, nak jumpa awek pun sorok2 kat belakang stor dekat padang, takut warden nampak, tapi itu dulu, sekarang saya dah dekat u, saya tengok ramai perempuan tak pakai tudung, ada yang pakai tudung, ok la. tapi baju pulak hmm, seluar pulak alamakkk. ada jugak baju dah labuh, seluar dah longgar, tapi tudung pulak tak tutup dada, nampak segala apa yang kami kaum lelaki ni takde, adui, camne nak jaga iman ni? 

Tapi saya still control lagi, saya still ingat Allah larang kita dekat dengan zina. sampai satu hari, ada sorang perempuan cakap yang dia suka saya. dia cantik, pakai tudung, dan dia baik juga. zaman sekarang ni, perempuan makin berani tunjuk2 'hint', mula-mula just nak kawan, sms nak share masalah, kalau pegi shopping atau holiday mana2, mesti dia ada beli something kat saya, mula-mula saya tak layan sangat jugak, takut jugak 'ter'bagi harapan kat orang perempuan ni, mereka mudah sangat perasan, layan sikit, terus ingat kita suka dia. perempuan~


Lama-lama, dia dah berani call saya, dengan suara perempuan yang memang lembut mendayu-dayu, naik luruh jantung saya dengar, dia minta tolong saya belikan set kfc zinger burger, adui. banyak kali saya fikir nak beli ke tak, puas saya cari alasan, saya tak nak timbul fitnah. tapi dia cakap dia gastrik, hati saya mula timbul kesian, saya beli makanan dan bagi kat dia. 


Mula-mula memang asalnya kesian je, tapi lama-lama saya rasa best pulak, ada orang nak msg saya, kejutkan solat Subuh, ada orang yang nak dengar masalah saya, ada orang yang nak bg hadiah pada saya, tambah-tambah kawan-kawan dekat kolej saya ni, memang majoriti ada girlfren, kira macam saya bertuah sangat2, saya tak cari pun girlfren pun dah ada orang suka saya, dah ada orang sayang saya! eh, syooookkkk la pulak :)))) kau ada? 


Satu hari tu, kami keluar berdua dekat satu tempat ni, nak lintas jalan, dia dah ada kat depan, tiba2 ada kereta laju lalu kat jalan tu, spontan saya tarik tangan dia. zaaaappppp, saya rasa berdebar, saya rasa terkejut dengan tindakan saya, rasa bersalah pun ada,


Tapi niat saya nak selamatkan dia je... yang paling buat saya lagiiiii terkejut, dia senyum. entah. tak faham apa yang dia fikir. 'dia tak marah ke aku pegang tangan dia?' hati saya pelik. dia senyum lagi, dan kata, 'Awak, terima kasih. sayang awak!' saya senyum juga. malas nak fikir panjang-panjang, ohh. seronok nya. lembutnya tangan diaaaaaaa... rasa nak pegang lagi. 'ha, gatal-gatal!' akal saya marah. 

Tapi hati saya nak. dan jujurnya, saya makin lama, makin rasa sayang pada dia. tak boleh kalau tak ber-sms, tak pernah tak call even cakap selama satu minit, ye la, bila hati dah rindu, bila hati dah sayang, bila hati dah penuh dengan nafsu. err. . . . . . . . . . . nafsu? saya suka dia sebab nafsu ke? saya cinta dia sebab nafsu ke? 'Tak! Kan saya nak ambil dia jadi isteri saya nanti!' 


Hati saya marah. 'Awak pasti ke nak ambik dia jadi isteri?' Entah dari mana suara tu datang, Bunyi seakan mengejek. entah, tak tahu apa yang saya fikir time tu. macam -macam perasaan, tapi saya buat tak tahu, biar dalam hati saya dah rasa macam, 'eh-betul-ke-apa-yang-aku-buat-ni?' saya dan dia dah ter'couple', nak buat macam mana, best la ada couple ni, kawan-kawan selalu puji, dia cantik, even pakai tudung, tapi stylo, bergaya kottt. tambah-tambah dengan fesyen sekarang, siapa yang tak kembang semangkuk? eh. please, sama-sama jaga diri... 


Satu hari tu, saya jumpa video ni. video hilal asyraf. tentang cinta. cinta yang hakiki. terpukul. terpana. terasa. semua ada. saya cinta dia. tapi kenapa saya makin bawak dia ke neraka? Astaghfirullah.


Kalau betul saya cinta, saya mesti nak bawa dia ke syurga, tapi situasi saya? saya terpaksa mengaku, saya kalah dengan nafsu. saya sebenarnya, ...ikut nafsu. sepanjang hari, lepas saya tengok video tu, saya diam. kawan ajak main bola, saya bagi alasan, member ajak lepak kat mamak, saya tolak. saya nak sendiri, hp saya letak tepi, tekan punat off. saya malu. saya dah tak sanggup. saya dah malu sangat-sangat depan ALLAH, saya still solat, saya kadang-kadang mengaji, tapi saya buat maksiat jugak. saya makin lalai, endah tak endah tentang dosa. saya rasa, saya dah tahu kenapa ALLAH tak bagi dekati zina, sebab nanti end up, jadi macam saya. dari sms, lepas tu call, dengar suara, rasa nak jumpa, bila dah terpegang tangan sekali, rasa nak pegang banyak kali, semua tu nafsu! banyaknya dosa saya. :"( 



ALLAH, ALLAH, ALLAH. saya bangun, ambik wudhu, solat sunat 2 rakaat, saya mintak sangat2, Allah ampunkan dosa-dosa saya, Allah ampunkan dosa-dosa kita. dan air mata jantan saya mengalir laju. . bila dah tenang sikit, saya 'text' dia, 'Awak, this is not the right way. This is not the way that Allah bless. I let you go, and please let me go. I dont want to bring you to Jahannam, instead I'll pray for you to get the light from Allah. May Allah bless you and me...' dan saya terus matikan hp. buat kali kedua. saya sedar. susah. tapi saya bergantung sepenuhnya pada ALLAH. sebab ALLAH yang pegang hati saya, pegang hati dia. saya tak nak berpaling lagi. dan untuk hawa semuanya, jangan terlalu murah, jangan ambik kesempatan dengan kelemahan lelaki, awak buat suara mendayu macam tu, sembur perfume wangi, pakai blous, skirt, selendang ala-ala hot gitu, dah namanya lelaki, kuat mana imannya, mesti akan tergoda jugak. jadi, kena sama-sama jaga diri, simpan godaan-godaan tu pada orang yang teristimewa, kelak. dan sekarang, saya terus begini, mujahadah. doa saya terus kuat. doa supaya dia faham, doa kita sama-sama dalam redhaNya. InsyaALLAH

 -a guy, still searching for the true love bcoz ALLAH .



# Muslimah syg .. jgn salahkn lelaki kalu kita x cerminkn diri .. jgn salah mereka kalu kita yg x menjaga .. jgn letakkan rasa kita yg betul kalu kita yg x ambik endah ngn teguran ALLAH .. jaga diri untuk illahi .. perkasakan maruah untuk yg HALAL nanti .. couple 2 xterasa padahal sdg berCOUPLE ..hati2 untu HATI ~ insyaALLAH .. 


Monday, December 2, 2013

ALLAHu a'alam ..

   FAKTA ANAK NO 2 :  




o  Senang memaafkan orang.

o  Garang macam harimau tp hanya pada sesetengah orang.

o  Kalau gelak tak ingat dunia.

o  Sensitif,hati lembut.

o  Ramai peminat.

o   Mudah menyayangi orang lain jika org itu mengambil berat tentang dirinya.

o   Sukar melupakan orang yang dia sayang.

o  Selalu menjadi tumpuan orang ramai.

o   Senyuman tetap di bibir walaupun. sedang Sedih.
o  Sentiasa mengingati kawan lamanya.

o  Romantik & penyayang.

o  Manja & pemurah hati.

o  Peramah.

o   Takut gelap.

o  Kaki shopping & ske melancong.

o  Suka memasak & bagi orang makan

o  Masakannya.

o  Rajin.

o  Nk tahu merajuk ke x senang je,kalo diam je tuh tandanya tgh merajuk.

o  Kalo ada org mintak tlg mesti mereka akan ditolong.

o  Kalo tgh tido senang je nk kejutkan sbb xtdo mati.. huhu




p/s : anak yg ke bape ke itu x penting .. yg penting sedar ke kita tanggungjwab sebagai anak pd parents ? biapun byk nya kne berkorban , tp kita sntiasa d sebut dlm doa mereka .. insyaALLAH .. ^_^