CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, December 29, 2013

ALLAHu ALLAH ..

Lg kena hati2 yg berNIQOBsss ..








Tentang PURDAH .. ku ada seorang kenalan yang pernah menceritakan perihal hidupnya kepadaku.. 



Dia ketika berpurdah, dia diminati seorang lelaki sehingga lelaki itu seolah-olah hampir mahu meminangnya... Tapi keluarga perempuan itu berasa tidak sedap hati...sebelum lelaki itu membuat keputusan untuk meminangnya, keluarga perempuan itu meminta perempuan itu untuk membuka purdahnya. keluar dan beraktiviti di luar tanpa purdah, pergi ke universiti tanpa purdah, kerana mereka merasakan bahawa lelaki itu berminat kepadanya adalah disebabkan dia kelihatan 'cantik' apabila berpurdah. .



Akhirnya perempuan itu membuka purdahnya dan memang ternyata benar sangkaan keluarganya... Lelaki itu sedikit demi sedikit cuba menjauhi dirinya. kerana rupanya yang sebenar tidaklah secantik rupanya ketika berpurdah...


TEGURAN BUAT NIQABIS.


Pakailah purdah kerana menutup cantik. bukan pakai purdah untuk kelihatan cantik..


Nampak seperti sama. tetapi sangat berlawanan.. Nak tahu niat anda yang berpurdah kerana untuk menutup cantik atau untuk kelihatan cantik, mudah.


Ciri2nya:


Sebelum berpurdah, anda jarang upload gambar dlm fb, tapi apabila berpurdah, semakin galak menangkap gambar dan diupload untuk tontonan umum. . sambil berharap orang mengatakan "cantiknya, masyaallah, solehahnya" -anda pakai purdah. tapi sengaja memilih warna yang menonjol dan menarik perhatian lelaki. dan anda suka apabila semakin ramai lelaki menoleh kepadamu setiap kali anda melintas mereka. -anda pakai purdah, tapi sengaja bersolek bahagian mata sehingga nampak sangat cantik. -anda pakai purdah, tapi semakin galak melayan lelaki.



Sebelum pakai purdah, biasa2 saja. dan banyak lagi! Anda boleh fikirkan sendiri. Kesimpulan, tak salah pun pakai purdah. tapi dengan memakai purdah, hanya mengundang masalah dan dosa2 yang lain, lebih baik tanpa purdah, mungkin tanpa purdah, anda tidak lagi dipandang, bermakna, anda mampu sedar ketika itu bahawa anda tidaklah terlalu cantik sehingga mewajibkan anda memakai purdah...




Sedarlah. sedarlah. bimbang anda akan jadi seperti perempuan di dalam kisah di atas. biarlah anda tidak disukai kerana kurang kelihatan cantik tanpa purdah, lebih baik dari anda kelihatan cantik ketika berpurdah tetapi hakikatnya tidak. biarlah luka sekarang, jangan luka kemudian hari. ketika itu mungkin baru anda menyesal tak sudah. waALLAHu a’alam ..




# Jangan salahkan PURDAH kalu anda yg sebenrnya x menjaga , jangan membawa fitnah untuk muslimah yg benar2 mahu berpurdah , berpurdah jangan smpai org kata perangai entah ke mana ngn muslimin (dlm dunia maya) , jaga pergaulan lbh baik drp cover berpurdah tp entah ke mana maruah .. nauzubillah .. 


sama2 kita nasihat antara 1 sama lain .. insyaALLAH .. J

0 comments:

Post a Comment