Buat adam yg mencari cinta hawa..buat hawa yg menanti cinta adam..
Benar..jodoh itu ketentuan TUHAN..tapi kita akan ada terma merisik..??salah
ke merisik..??x salah bahkan dianjurkan supaya x tersalah pilih..hmm..
untuk adam..
andai mahu mencari hawa..
1. jgn dilihat pd purdah mahupun tudung semata-mata..kerna hawa hari ini
tidak lagi seperti dulu..lihatlah pd telapak tgnnya..andai mudah telapak lembut
itu hinggap pd kulit lelaki lain tanpa lapik..fikirlah semasaknya utk
menyuntingnya..sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh
kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini..
2. jgn dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata..lihatlah pada
sebujur bibirnya..andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya..fikirlah
semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya..khuatir kelak dia membawa
fitnah buat si suami..menabur buruk diri si suami..
3. jgn dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata..lihatlah pada sepasang
indah mata miliknya..andai tidak redup menunuduk pandangan..fikirlah semasaknya
andai ingin terus menyunting dirinya..khuatir bila sudah bersuami matanya masih
terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami..
untuk hawa..
andai mahu menerima cinta adam..
1. jgn dilihat pada kereta mewahnya semata-mata..lihatlah pd aktiviti
malamnya..andai liar hidupnya tika malam menjelma..fikirlah sebaiknya andai
mahu menerima..kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah
tiba..khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah..
2. jgn dilihat pada pakaian berjenama semata-mata..lihatlah pada bahagian
kakinya..andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang
bola..fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima..kerna aurat suami itu hanya
selayaknya dilihat oleh si isteri..
3. jgn dilihat pada tampan paras semata-mata..lihatlah pada mulutnya
tatkala berbicara..andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah
seranah..fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya..khuatir pabila
bersama kelak..kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang
menyeksakan..
lelaki dan wanita hari ini tidak lagi seperti mereka yang dahulu..sebelum
ini..wanita berhijab itu sesungguhnya mmg mulia zahir batinnya..tetapi hari
ini..mereka yang bertudung barangkali hanya utk menyembunyikan kelemahan
diri..begitulah juga sang lelaki..kadang-kala berkopiah..dari mata nampak
sungguh alim..tetapi dlm hatinya..??siapa yang tahu..
sekadar renungan
bersama..^_^
1 comments:
<3 memilih adam y terbaik inshaAllah ^_^'
Post a Comment