Siapakah Musta’mal ?? hmm..
sebuah cerita tiada kne mngena ngn sape2 n mngenai CABARAN seorang penuntut ilmu.. stat nya begini ..
Hari ni,salah sorang kawan talaqqiku kantoi dengan syeikh yang dia ada berhubung dengan seorang wanita bukan mahram di phone..*yakni couple*...
..... ..... ...... ......
kemudian syeikh bagi nasihat yang sangat lembut tapi betul-betul menyentuh hati kami semua....
syeikh: kamu suka dia?
fulan: ya syeikh....
syeikh: kamu suka tu suka-suka atau kamu rasa dia memang yang terbaik untuk menjadi teman hidupmu,menjadi ibu untuk anakmu,menjadi pembantu agamamu?
fulan: ya syeikh...pada pandangan saya,dia yang terbaik untuk jadi teman hidup saya dan agama saya...
syeikh: bila kamu akan menikahinya?
fulan: lepas belajar syeikh...dalam 3 tahun lagi...
syeikh: jadi kenapa kamu rosakkan dia?? ..kamu bukan nak menikah sekarang?kamu rosakkan dia sekarang dan 3 tahun akan datang?kenapa kamu jadikan air mutlak menjadi air musta'mal tanpa sebab?
bukankah dia wanita suci yang bakal menjadi ibu untuk
anakmu?kenapa kamu bercouple dengannya sedangkan jika kamu sukakan dia,dia
sukakan kamu,bersabarlah hingga sampai waktu
kalian benar-benar ingin menikah kemudian baru kamu jumpa ayahnya dan
pinang dia secara suci?bukankah cara itu lebih suci ?
wanita umpama air
mutlak,mereka suci,tetapi apabila mereka mula berhubung dengan lelaki tanpa
sebab,apatah lagi ber couple,wanita itu umpama air musta'mal..ia tidak boleh
digunakan untuk bersuci tetapi hanya digunakan untuk perkara selain bersuci
seperti basuh pinggan,basuh najis,dan sebagainya...
apa
kamu sanggup ibu untuk anakmu setaraf itu?sesungguhnya wanita ini akalnya
pendek,nafsu mereka didepankan atas segalanya,kalau lelaki datang ucapkan
kata-kata palsu,mereka akan mempercayainya melebihi mereka percayakan
al-quran...
sedangkan lelaki memang perangai
mereka hanya main-main kecuali mereka benar-benar bersedia untuk nikah,tapi
sekiranya mereka belum sedia,contohnya mereka masih belajar dan mmg masih x
mampu dan sebagainya,jelas permainan mereka dengan wanita itu hanya tipu
daya,tapi tipu daya semudah itu pun dapat menipu para wanita hingga membawa
mereka ke ranjang perzinaan..
itu tandanya akal mereka sangat pendek...nabi
utuskan para lelaki sebagai penjaga para wanita bukan perosak mereka....bagi kamu,couple,chatting,cakap dalam phone semua itu dosa
kecil sedangkan ia jelas haram kerana allah haramkan kita untuk dekati zina....
dekati
zina pun tak boleh,makna kata kalau kita masih jauh 50km dari zina,tapi 1cm
kita gerakkan kaki ke arah zina itu telah haram kerana perintah ini....jadi janganlah pandang
remeh perkara zina ini...
sesungguhnya ramai yang mati tanpa
berzina tetapi di mahsyar kelak buku amalan mereka penuh dengan dosa
zina.....apa berbaloi kau bahagia sementara dengan teman wanita yang kau tak
ingin nikahi diganti dengan azab neraka yang panasnya 70x ganda api dunia?
note: kepada lelaki di luar sana yang gemar permainkan wanita...ketahuilah bahawa kalian adalah MUSUH ALLAH DAN MUSUH RASULULLAH ! ! !
note: kepada lelaki di luar sana yang gemar permainkan wanita...ketahuilah bahawa kalian adalah MUSUH ALLAH DAN MUSUH RASULULLAH ! ! !
kalian
permainkan para wanita yang akalnya pendek,tidak dapat bezakan baik dan
buruk...memang para wanita walaupun akal pendek,tapi mereka dikurniakan sifat malu yang tinggi....
fb,phone,twitter,internet ni semua dicipta dajjal untuk
menghakis sifat malu para muslimah sehingga mereka jadi umpama kucing betina
yang menggoda2 kucing jantan untuk mengawan...
wanita yang berpurdah yang kononnya wanita paling pemalu(tak mau orang lihat wajah
mereka) pun pamerkan gambar mereka walaupun berpurdah di fb untuk tatapan
jutaan lelaki bukan mahram,
mereka tanpa segan silu bergurau senda,tanpa malu inbox
lelaki dan sebagainya...sekarang akal mereka tidak dapat jaga diri
mereka,bahkan sifat malu juga tidak dapat jaga diri mereka..jadi siapa yang bertanggungjawab menjaga
maruah para bidadari rasulullah kalau bukan LELAKI???
lelaki yang couple2 dan yang bersayang2 dengan bukan mahram atas nama "tunang" tu..tolong lah....
lelaki yang couple2 dan yang bersayang2 dengan bukan mahram atas nama "tunang" tu..tolong lah....
kalian ada akal kuat..kalian pemimpin....kalian nak memusuhi ALLAH DAN RASUL,itu
hak kalian...tapi kalian kena sedar,nanti kalian pun akan ada anak perempuan, suke
ke jantan tah mana-mana berhubung,bermanja,bersayang secara haram dengan anak
perempuan kalian?kalau kalian REDHA...
nampak sangat kalian dayus dan lelaki
dayus nabi khabarkan mereka DIHARAMKAN SYURGA KEPADANYA WALAUPUN BAUNYA..... -cerita ni copy and paste-
# ISLAM bukan
terus melarang bermuamalat .. tp masing2 kena sedaq sikit .. ALLAH kata jgn kamu mendekati zina ..bukan
buat zina ..tp pmulaan warning ALLAH adalah
jgn kamu DEKATI ZINA ! ALAHu a’alam.. # muhasabah sama2.. insyaALLAH..
0 comments:
Post a Comment