CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, November 30, 2013

insyaALLAH ..

OH IKHTILAT ...



Erti Ikhtilat :

Bahasa : gaul atau campur

Syarak : Pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram (yang kita boleh berkahwin dengannya) baik percampuran perseorangan atau berkumpulan ..

Ada satu sajak.. "Pandang dahulu, kemudian senyum, lalu memberi salam, berterusan melalui berbicara dan berjanji, akhirnya bertemu antara lelaki perempuan.." Nauzubillah.. ****************** -

Jenis ikhtilat - Tidak halal atau haram secara mutlak, ada syaratnya..


*Ikhtilat Yang Haram -Berkepit-kepit, berpegangan tangan atau melakukan perkara yang haram tanpa ikatan yang sah .


*Ikhtilat Yang Harus :
-Dalam keadaan darurat Contohnya selamatkan orang lemas di sungai..


-Dalam keadaan keperluan/hajat Contohnya dalam mesyuarat, program, perbincangan..


-Dalam pembelajaran Contohnya dalam kelas

-Dalam jual beli Contohnya orang berniaga -Dalam kerja kehakiman Contohnya wanita yang berjumpa dengan hakim 

-Dalam amar makruf nahi mungkar Contohnya melihat pasangan sedang berpelukan, lalu kita ahli kelas skuad penyayang menegur demi kebaikan.


-Dalam kenderaan awam Contohnya naik bas @ train


‘Katakanlah kepada orang Mukmin, jagalah pandangan.." (An-Nur)



"Pandangan pertama, hadiah buatmu.. Pandangan kedua, jatuh dosa..." (Hadis)



*Bersentuhan Elakkan duduk berhampiran dengan berlainan jantina..


*Bercakap lembut buat-buat Bercakaplah dengan nada biasa.. 


Bercakap biarlah ada kelembutan dalam ketegasan..



*Berdua-duaan Dilarang berdua-duaan di tempat yang sunyi. Walaupun di khalayak ramai, perlu ada jarak yang munasabah.. ******************



Syarat Ikhtilat :


1) Niat kerana Allah

2)Matlamat (buat kerana apa, apa perancangan atau objektif)

3)Tidak bersentuhan

4)Jaga aurat

5)Jaga adab berkata-kata

6)Mengasingkan tempat

7)Dibawah kawalan orang yang dipercayai (contohnya ada sahabat lain)


Salah Faham Tentang Ikhtilat :


1)Ikhtilat bukan kerana perseorangan saja. Bila ramai pun kena jaga ikhtilat.

2)Bila berjumpa di luar, sekadar meliputi ikhtilat jasad saja. TIDAK - dalam telefon atau laman sosial pun ada ikhtilat kena jaga.


3)Ikhtilat hanya antara sebangsa, seagama. SALAH - ikhtilat kena jaga dengan SEMUA yang bukan mahram.



p/s :Bukan senang nk jaga even muslimin n muslimah 2 pakai serban n tudung labuh .. ingat , syaitan 2 mmg suka sape2 yg seksi n bebas .. tp  syaitan 2 suka FOKUS pd hati2 yg mahu mnjaga untuk ALLAH .. sbb syaitan 2 dh janji akn mnyesatkan anak2 adam’




jom sama2 nasihat menasihati .. n sama2 menjaga .. insyaALLAH .. ter PERAMAH ngn lain jantina pn bahaya .. ^_^

0 comments:

Post a Comment